Terbang bersama angin


Alhamdulillah Allah ..
Atas nikmat yang diberi sepanjang aku bernafas 20 tahun ini .
2015 dah pergi . 
Meninggalkan pahit manis kehidupan yang aku tak kan pernah lupa .
Moga menjadi insan yang kuat dan berpegang teguh dengan amanah Allah .
Islam yang kekal sampai hujung nyawa nanti .

Moga datangnya tahun baru 2016 bersama sinar dan impian yang penuh pengharapan .
cita-cita yang tersenarai , harap dapat dikabulkan .
Memori yang perit , biarlah pergi bersama angin .
Kuat nana .. kuat .
Banyak lagi impian yang masih belum tercapai .
Percaya dengan segala ketentuan hidup ..

Buat insan yang datang dan pergi ,
Terima kasih dengan segala suka duka dan pengalaman yang diberi .
Tidak kira sesuatu yang ditinggalkan memberi kesan suka mahupun sakit .
Yang masih setia memberi semangat disisi , aku bahagia dan bersyukur kerana masih kukuh berdiri ditepi , tarik tangan aku bila aku jatuh . Moga Allah balas kebaikan ini dunia akhirat , diberi ketenangan dalam hidup , dan dipermudahkan segalanya <3
.......
Yang datang dan pergi tanpa muncul semula , semoga Allah jaga kamu dan merahmati hidup kamu :)


Ulasan

Catatan Popular