sampai jumpa disana

"ANA"
ingin sekali aku mendengar kau memanggil namaku seperti selalu.
ingin sekali aku menyambut huluran tanganmu saat kita bersapa.
ingin sekali aku berkongsi kedukaan serta tawa.
ingin sekali aku menyambut kasihmu saat kau mengucup pipiku tatkala tiba untuk kita mengucapkan selamat tinggal.

namun, segala-galanya telah kembali kepada Maha Pencipta.
dari Allah kita datang, dan dari Allah juga kita kembali.
masih teringat saat sakaratul maut menjemputmu.
aku cuba berteriak untuk menyedarkan kau bahawa kami disini masih membutuhkanmu,
tapi aku bukan tuhan..untuk menghentikan waktu dan memutar semula masa .
tenanglah wahai sayang..
Aku pasti kau akan ketemu bahagia yang abadi dirumah terakhirmu kelak.
jangan gusar, kami tetap mencintaimu seperti kau mencintai kami.
hangat kasihmu masih terasa.
tak pernah kulupa saat kita mencipta memori bersama.
doa dari kami sentiasa menemani perjalananmu.
tenanglah menjawab segala persoalan yang diberikan nanti.

aku cuba untuk tidak menangisi kepergianmu agar tidak membebani langkahmu untuk menghadap Sang Khaliq,
namunternyata air mataku sendiri tidak mampu untuk ku bendung.
Ya Allah...
TERIMALAH beliau disisiMu..
AMPUNI segala salah dan dosanya..
TERIMA segala AMAL IBADAHnya, beserta IMAN dan ISLAMnya..
berilah kesabaran dan ketabahan pada isteri serta saudara-saudaraku yang sangat kehilangan beliau..

kami titipkan doa dari kejauhan.
moga kau tenang disana sayang..
Al-Fatihah






Ulasan

Catatan Popular