Ahad, 20 Julai 2014

matanglah selaras dengan usiamu




habis menaip blog semalam , diorang whatsapp ..
aku start heartless .. jadi tanda tanya bagi diorang . terus ayu tanya pasal Biey .
hahaa . mata aku dah bengkak tau .. aku ingat dia dah lupa birthday aku ..
memang kalau rumah dia depan rumah aku , aku baling je bom kat tingkap bilik dia . hehhh !

tak lama lepas tu , aku call dia .
dalamhati , kalau dia tak angkat call jugak , memang nak kena lah .
pastu .. dia angkat call .. aku taktahu lah kenapa dengan aku ni .
dia busy .. aku pun busy . tapi takdelah macam dia yang langsung takda masa utk aku . hmm .
mungkin sebab dah lama pendam kot .. aku diamkan aje .
dia tanya , kenapa ni ?
alasan aku , selsema .. padahal ?? hahahaa
aku ni memang rajin sangat nangis . kadang-kadang tak bertempat .
sebab aku takpandai nak berterus terang ..
paling professional dalam bab pendam perasaan kannn . hahaa . jadi bila tak mampu nak luahkan , nangis lah jawabnya ..
tapi tepat pukul 12 , dia wish happy birthday kat aku .. hahaa
terharuuu .. makin laju air mata aku . die wish , moga hubungan kita kekal sampai tua , ke anak cucu . hahaha , aku gelak je . tapi dia wish pendek je . kedekut kan , nak buat macam mana . rasa macam nak baling lock stereng je . hahahaaha
ingat rupanya .. aku tak habis-habis fikir dia lupa birthday aku .. dia bagitau , yang dia busy 2 3 hari ni ..
agak-agaklah kot ye pun busy .. sampai tak wechat aku . atleast wechat lah kot ..
macam-macam andaian dah aku buat . kalah raja bomoh tu . hahaha










tu je yang sempat aku screneshot ..
tak larat dah . ngantok sangat .
aku terclear data wechat . hahaha
aku ni kalau mamai , memang tak betul sikit .
yang aku tak sempat baca pun hilang cenggitu je .. haihh .. nana .. nana ...
terimakasih korang .. sebab ingat birthday aku . dah sambut birthday aku awal ,
dah bermandi tepung , telur yang busuk tu . habis badan melekit-lekit .
dah calit krim kek kat muka aku yang bersih ni , hakhakhak .
semuanyalah , aku sayang korang .. sayang sangatsangat .
korang adalah salah satu sebab aku mampu tersenyum saat hati menangis .
bahagia disisi kalian .


Mainan Hati


aku taktahu .. nak gembira atau sedih ..
kadang terkilan .. kemana dia , saat aku perlukan ?
semalam diorang sambut birthday aku ..
terharu wehh .. terima kasih sangatsangat ..

masih cinta seperti dulu kah ?atau aku yang makin cinta ?
menaip bersandarkan hati .. hanya air mata yang mampu menemani .
tiada kata yang terucap .. lelah menunggu sepanjang malam .
mungkin kau sedang tidur .. lenakah tidurmu sayang ?
tak kau tahu derita aku disini .

aku takut .. andai aku saja yang semai cinta .
sedangkan kau ...?
entah lah ...
aku tahu kita jauh .. aku tahu engkau tiada masa .. aku tahu kadang jarak ini melelahkan .
tapi tak punyakah sedikit ruang untuk kau bertanya khabar walau seketika ?
aku menunggu ..
juga merindu ..
dan akhirnya .. tiada kesudahan .
 berbicaralah dengan tangisan .. mungkin akan ketemu dengan secebis kekuatan .
harap cukup untuk hari esok .
takpernah terlintas yang lain ..
pahat dalam akalmu , hanya kau seorang dihati ini .

tepat pukul 12 malam ini .. genap 19 usiaku .
mungkin kini kau lena tidur .. dek kepenatan seharian berjalan .
malam ini juga .. menangis lagi . cukup blog ini menjadi saksi .
selamat ulang tahun nur fazana binti anam :')
moga kau tabah harungi hidup .

tak mengapalah sayang .. andai benar tiada ruang masa ..
apa yang pasti .. aku mencintaimu .

Jumaat, 18 Julai 2014

Happy Iftar






Berbuka together-gether . ahahaaa . broken english ~
ni je yang free . yang lain semua busy . berbaju kurung .
takpa , takpenting . yang penting dapatlah berbuka sama untuk ramadhan ni .
terima kasih , dapat luangkan masa . korang yang aku takkan pernah lupa . HINGGA JANNAH .

masa tunggu bas tadi ..
aku jumpa dia . Nana palsu . dalam hati , harap sangat tak jumpa sigila tu.
mungkin kalau jumpa , makin parah dendam yang pada mulanya makin hilang .
dalam hati tak habis-habis istighfar ..kuatkan semangat .. stay strong nana.
bila dah masuk dalam bas , lain pulak jadinya . lelaki lain yang duduk sebelah dia.
baju pun sama merah . merah makngah . hahaa . tunggulah kot ye pun nak bersweet-mueet.
meluat orang lain tengok korang dalam bas tu . elok juga pegi batalkan puasa terus .
pelik aku ..penat jugaklah otak aku mencerna benda yang tak penting ni .
korang dah putus rupanya ..
betul kata orang .. YOU PLAY DRAMA , YOU GET KARMA .


okay guys . stop sampai situ . cerita cinta yang dah lama mati , takperlu diingat terlalu dalam .
nanti makin dalam jugalah dendam bersarang .
Hasif Saniy Azmi , hanya dia kesayangan hamba . heee .


yang ni lain pula jadinya . wechat iya-iyaa je tanya pukul berapa nak gerak , nana kau kat mana , tiap jam wechat kat group .. last-last mak dia call ika , cakap yang dia tak jadi pegi . Mai ni memang nak kena .. cakap jelaa sendiri . takperlu kot suruh mak yang call .takut sangat lah gamaknya . mai di abaikan buat masa ni . sebab menyakitkan hati . tabur janji palsu . minta maaf time raya . hahaa



Indah bersama mereka .
Walau kadang-kadang , kata-kata dan gurauan sering mengguris perasaan ,
namun aku tahu , memang begitu cara mereka .
jangan dimasukkan kehati . kerana mereka yang faham isi hati , kerana mereka yang sering melihat air mata ini . kerana mereka yang menjadi sandaran tiap kali jatuh . kerana mereka yang hulurkan tangan saat aku kaku .
dalam setiap langkah , tak pernah lupa kenangan kita . warna dan pelangi yang tercalit di canvas lukisan hidup , terasa sempurna dengan adanya mereka . moga hingga jannah sahabat .
tak tergambar tinggi sayang , tak terluah tinggi kesyukuran .
salah satu hadiah terindah dari Allah .




Selasa, 15 Julai 2014

Visual Communication - Editing


Siap jugaa .. Alhamdulillah ..
esok proceed .
harapharap Puan Cita terima .

Tinggal nak siapkan assignment koko dengan assignment product multimedia .
kot lahh .. ke ada lagi yang aku lupa ?
haihh ..
puan azi punya dah edit , print A3, burn CD ..

berbaloi lah penat lelah ..
usaha lift kejayaan .
teruskannnn . dekandekandekannn
hihii :D

Ahad, 13 Julai 2014

Rumah LEYA ~







Yeahhhh .
bermalam rumah leya . empuknya tilam .. hahaha
siapkan assignment koko . haiyoooo . okay .
cukup untuk malam ni . penat boh .. nak siapkan assignment dulu .

terimakasih kesayangan . dah hantar sy tadi .
terharu lah jugak kan .. *takde hati*
hahahaha . loveyouuu



Khamis, 10 Julai 2014

Mencintaimu


Mencintaimu .. cukup satu kata .
walau jarang terucap dibibir ,
walau selalu ego yang menjadi juara ,
walau diri takmahu mengalah ,
dan masing-masing degil tak mahu dengar kata ..
tapi sedikitpun tak pernah lupa ..aku mencintaimu ,
hanya kamu .. cukup kamu .


Ya Allah .. aku harap dia yang terakhir untuk ku ..
kerana rasa ini semakin dalam . tak mampu lagi untuk diungkapkan .
infinity .

2.00 PAGI ~
tak mampu melelapkan mata ..
Roman cinta , lagu yang dinyanyikan untukku sebelum aku tidur tadi .
merdu .. beriya-iya pujuk aku tidur . Baiknya dia ..
habis dia nyanyi lagu kedua tu .. memang rasa nak terlelap pun ..
die panggil entah berapa kali .. ke aku mimpi tadi ? hmm .
aku dengar .. setiap apa yang diucap , akhir call malam tadi .
"saya tak kesah , walaupun tiap-tiap pagi kena marah dengan cik sebab masuk lewat kat bengkel ,
sebab jaga awak "


aku ketap bibir . harap dia tak perasan yang aku masih dengar apa yang dia luahkan .
terharu ..
bila dia letak phone , aku hanya mampu menangis .. banyak yang dia pendam ..
terimakasih  dah banyak sabar dengan sikap degil diri ini ..
mungkin sebelum ni aku tak pernah sedar .. dia banyak makan hati dengan sikap aku yang degil ni ..
dia faham aku penat .. dia teman aku siapkan assignment . dia yang sanggup tunggu aku tidur dulu .
dia yang berubah jadi doktor bila aku sakit , dia yang tak pernah penat untuk pesan baikbaik pegi kolej , dan dia yang selalu ingin tahu apa yang aku dah lalui sepanjang kat kolej .
semua tentang dia .. indah dihati ini .


Maafkan aku .. andai tingkah laku ini , banyak yang mengguris hati .
Hanya ingin kau tahu ,
aku bahagia bersamamu , bertuah dapat memiliki hati mu .
HANYA KAMU .

Rabu, 9 Julai 2014

Visual Communication


okayy . assignment VCom yang kedua .
takda masa nak pandang benda lain selain laptop , dan sketchbook .
assignment pertama dah proceed dan alhamdulillah diterima .
penat kot ..banyak kali dah aku edit assignment yang first tu . adeeee je yang tak kena .
and lastly , diterima jugak .. yang lain ramai lagi yang belum diterima . hihii .

sekaranggg ,
start buat yang baru .
asignment untuk company sendiri . Punyalah banyak lgo yang aku buat , yang first aku sketch tu lah yang puan pilih . hahaa . HS FLORIST SDN. BHD .
puan katee , lakaran asal tu kosong , pastu die suruh tambah bunga ros kat tengah-tengah .
macam ada jodoh je kann ~ . hahahaa . sepanjang hari aku senyum jee tau .
happy sangat . bila diorang tanya ," HS tu apa ?"
aku jawab , "Home Secret ~"
diorang pelik je . ape entah .. hahahaa . takda kena mengena home secret dengan florist aku .
yang rapat je tahu HS tu apa . biarlah budak kelas berteka-teki sendiri pasal HS tu . hahaa .


bila ingat soulmate aku cakap ,
nanti bila dah kahwin , takyah keje . die nak buat nursery untuk aku . katenyeee ~
hehee . takboleh imagine kann .. kalau lah aku ada nursery sendiri .
tapi , aku rasa , nursery kat rumah sendiri pun dah cukup dah . tanamlah bunga keliling rumah . kelasss ~ hahahaha .

apa yang aku nak highlight kan kat sini ,
dia memang ilham dalam hidup aku . dia yang slalu aku ingat .. dan takpernah lupa even busy dengan assignment yang menimbun .
kadang terleka , penat sangat then terus tido . sampai lupa , ada yang sedang menunggu .
so sorry dear .. :(